YAN: Bukan tidak mahu berpindah tetapi faktor kewangan membuatkan mereka tiada pilihan dan terpaksa terus tinggal di kediaman sekarang.
Dilema itu membuatkan penduduk akur dan pasrah walaupun sering menjadi mangsa limpahan air sungai dari Titi Hayun.
Aishah abdul wahab, 53, berkata dia terpaksa tinggal di rumah sewa itu kerana bayaran sewanya hanya RM150 sebulan dan tidak mampu mencari rumah lain dengan kadar sewaan yang tinggi.
Menurut ibu tunggal itu, dia yang tinggal bersama dua anaknya hanya mengambil upah berniaga di Pantai Murni dan telah tinggal di situ lebih 10 tahun.
Katanya, walaupun belum hilang lelah membersihkan rumah, dia sekali lagi diuji dengan kejadian banjir kilat yang memasuki keseluruhan rumahnya pada Rabu lalu.
“Saya ini pun kerja tak sat lagi pindah rumah tu ada lah tapi mahal lah sikit kan tapi kalau cara macam ni tu pindah sahaja lah tak larat dah nak ni baru lepas tak dan nak kemas habis lagi hat ni dah mari pulak tak larat dah menitik air mata ni sedih.
BACA: Selepas kepala air, banjir kilat landa kampung, taman di Yan
Bagi Zainol Yassin, 65, dia memilih untuk kekal tinggal di rumahnya kerana dekat dengan Hospital Yan. Itu memudahkan dirinya berulang alik untuk mendapatkan rawatan sakit jantung yang dihidapinya lebih 12 tahun.
Menurut pesara polis itu, dia yang tinggal bersama isteri, Salmah Saad, 63, berkata kadar sewa yang tidak sampai RM200 membuatkannya mahu kekal di rumah itu.
Katanya, dalam kejadian limpahan banjir terbaru, kawasan hadapan rumahnya dipenuhi lumpur dan dia perlu mengambil masa untuk membersihkan rumahnya.
“Memang trauma saya. (Selepas kejadian) kali pertama, tiga hari saya tak masuk rumah. Bila saya tengok rumah, rasa trauma. Yang kali ini, okey sikit.
“Terpaksa sabar. Kita orang Islam ni kena macam tu lah. Tawakal. (Sebelum ini) ada rancangan nak potong sungai dah tak dibuat. Kalau buat, selamat. Kalau sikit sikit banjir tu selamat. Ini pecah bukit pula tu, lagi dasyatlah,” keluhnya.
Bagi seorang lagi mangsa, Mohamad Fikri Che Mansor, 23, kesemua barangan peralatan rumah yang baru dibawa masuk hasil sumbangan selepas kejadian 18 Ogos lalu musnah.
Katanya, kejadian itu berlaku dengan pantas dan air deras memasuki rumahnya, hinggakan segala peralatan perkakasan rumah tidak sempat diselamatkan.
“Dia mai (banjir datang) sekelip mata. Kami tak sempat nak buat apa. Beritahu dekat abah, kita buat mana yang mampu dan sempat. Mana yang tak sempat (diselamatkan) tu kita tinggalkan. Selamatkan barang-barang penting saja. Lepas itu, hari inim baru cuci sikit bahagian dalam rumah,” kongsi Mohamad Fikri.
BACA: Penduduk Yan trauma selepas tiga kali berdepan banjir dalam tempoh dua bulan
Ketua Bahagian Operasi Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Kapten (PA) Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata, dalam kejadian Rabu lalu, sebanyak 386 buah rumah di daerah Yan terjejas akibat banjir kilat.
Beliau turut mengingatkan penduduk supaya bersedia dengan arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kerana limpahan air berlaku dengan pantas dan deras.
“Banjir kilat ini ia berlaku dengan cepat dalam tempoh satu atau dua jam. Pihak berkuasa juga apabila menerima panggilan kecemasan ini, kita minta penduduk supaya berpindah dengan cepat dan tidak melengah-lengah lagi dan juga apabila mereka berpindah tu mestilah jangan lupa membawa dokumen dan barang yang penting.
“Kita juga minta supaya penduduk ini tidak berada di dalam rumah lama kerana air naik dengan cepat, kerana kemungkinan tidak sempat berpindah. Apabila air sudah tinggi, ia akan menyebabkan kesukaran bagi anggota penyelamat untuk melakukan pemindahan,” jelas Saifuddin.
BACA: Fenomena kepala air di Yan berulang, kali ini mangsa terperangkap
Adie Sufian Zulkefli
Fri Oct 22 2021
Kebanyakan penduduk belum selesai membersihkan kediaman masing-masing dari kesan banjir yang melanda kampung mereka sebelum ini akibat tragedi kepala air. - Astro AWANI
Guru dituntut kelola sesi pengajaran ikut suasana pembelajaran masa kini
Guru dituntut untuk mengelola sesi pengajaran mengikut kesesuaian pelajar dalam suasana pembelajaran kini yang mementingkan kepantasan dan ketepatan.
HMA 2024: Kisah banduan pertama di Malaysia jadi tarikan reruai Muzium Penjara
Sejarah kewujudan penjara moden dan kisah dua banduan pertama di Malaysia antara tarikan di reruai Muzium Penjara Malaysia sempena Festival Hari Muzium Antarabangsa (HMA) 2024.
Thailand akan bekerjasama dengan Malaysia perkenalkan projek "ASEAN Drive Tourism"
Kerajaan Thailand akan bekerjasama dengan Malaysia untuk merangsang sektor pelancongan kedua-dua negara dengan memperkenalkan "Projek ASEAN Drive Tourism."
Konstabel Muhamad Syafiq kebanggaan keluarga - Abang
Abdul Salam berkata, adiknya memang bercita-cita untuk menjadi anggota polis dan mereka sekeluarga memberikan sokongan terhadap perkara itu.
Scheffler sifatkan penahanannya "huru-hara" dan "salah faham"
Ini kenyataan pemain golf nombor satu dunia susulan penahanannya pada pagi Jumaat di luar kawasan Kejuaraan PGA di Valhalla.
Langgar kawalan lalu lintas, pemain golf nombor satu dunia ditahan polis
Scheffler ditahan oleh seorang pegawai polis apabila dia tidak mengendahkan arahan untuk berhenti kerana terdapat kemalangan.
Ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan disokong perbelanjaan pengguna, kitaran teknologi dan pelancongan
Optimisme melonjak selepas Malaysia mencatatkan pertumbuhan yang memuaskan pada 4.2 peratus pada suku pertama 2024 (S1 2024).
Ulang tahun ke-50 Malaysia-China: Hubungan diplomatik dua negara kekal utuh
Hubungan Malaysia dan China kukuh kerana kedua-dua negara itu sama-sama diiktiraf sebagai negara berdaulat mengikut undang-undang antarabangsa.
Beberapa sungai utama di Selangor dikesan jadi habitat ikan pemangsa - DOF
Beberapa sungai utama di Selangor dikesan menjadi habitat ikan pemangsa (invasif) dan juga dikenali sebagai "alien spesies" (spesies asing).
SWCorp yakin sasaran kadar kitar semula kebangsaan tahun ini tercapai
Keyakinan itu berdasarkan peratusan yang dicapai pada tahun sebelum ini melebihi sasaran ditetapkan.
Penduduk Yan trauma selepas tiga kali berdepan banjir dalam tempoh dua bulan
Banjir kilat terbaharu yang melanda kampung di sekitar daerah Yan semalam membuatkan penduduk bertambah trauma setelah berhadapan situasi itu sebanyak tiga kali.
Bencana Gunung Jerai: Mayat mangsa keempat ditemui di KEDA Sungai Udang
Seorang lagi mangsa yang maut dalam kejadian banjir akibat fenomena kepala air di kawasan Titi Hayun, Yan petang semalam, ditemui hari ini.